Pernah ke korang memberi peluang atau diberi peluang kedua dalam sesuatu hubungan? atau mungkin ketiga...keempat..kelima atau berke-ke...? errrrrr... ._.''
persoalannya adakah korang atau si dia layak untuk mendapat peluang tersebut? bukan mudah untuk kita terima semula seseorang yang pernah bertakhta di dalam hati dan kemudian dia mengecewakan korang..
so, dalam hal ni banyak perkara yang korang kena pertimbangkan sebelum korang buat keputusan samada korang nk terima si dia semula atau tidak! yang pastinya bila jadi camni, sebanyak mana pun kenangan manis korang dulu, kenangan pahit jugakla yang korang dok ingat kan..(samalah macam aku!)
kat sini saya nak bagi beberapa tips kat korang untuk buat keputusan yang sepatutnya..tips je tau..xsemestinya korang kena ikut..perlu dilihat gak dari setiap sudut masalah korang..semua orang mengalami situasi yang berbeza okay..!
tips 1: kesungguhan si dia
okay, kat sini korang boleh lihat kesungguhan si dia dalam memujuk kamu...eh, tapi jangan mudah sangat cair dengan setiap lakonan palsu si dia tau..korang pernah bersama dahulu, so sedikit sebanyak mesti korang dah dapat tahu perangai si dia kan..okay, main tarik tali dahulu..jangan pula bila si dia memujuk, korang cair terus macam lilin kena api..disogoknya dengan bunga, teddy bear, chocolate, ferrari (omak aii bosa eh selero!), terus korang cair..oh no, bukan macam tu caranya sayang-sayangku sekalian..korang cuba tolak dulu pujukan si dia..then, kalau si dia betul-betul inginkan korang bersama semula, sudah tentu si dia tak kan terus berhenti memujuk hati korang yang keras macam batu tuh! heehehe.. ;)
tips 2: minta pendapat
korang tak yakin dengan keputusan yang bakal korang buat..?oh, memang agak susah disitu..hehe..so, jalannya korang minta la pendapat orang lain..siapa orang tu? eh ramaila orang tu..mak, ayah, family, kawan-kawan..tapi berjaga-jaga tau dengan kawan yang makan kawan..jangan sesekali korang tersalah luahkan perasaan korang kat orang yang salah...(eh macam pelik je ayat ni!)..buatnya korang minta pendapat kawan yang dah memang lama admire kat si dia, tak ke naya..semestinya kawan korang tu akan minta supaya korang tidak menerima si dia semula..last-last korang dengar kawan korang tu da bersama si dia..haaa, kan tak pasal-pasal tuh!hehehe..
tips 3: jangan terburu-buru membuat keputusan
ha, kalau ye pun korang tu da kesunyian sangat tak berteman, tapi janganla sampai keputusan korang nanti memakan diri sendiri pula ye..fikir berkali-kali sebelum ambil keputusan muktamad..minta pada si dia masa untuk kamu berfikir..kalau dia jenis yang suka memaksa juga, apa nak tunggu lagi??angkat kaki la (eh jangan percaya ini)..tapi korang jangan pula layan si dia macam sampah okay..si dia pun ada hati & perasaan juga..cuba kena kat korang..suka tak, suka tak? (kan da berleter)..tak salah layan si dia dengan baik seperti seorang kawan lama jika masa tu korang single..tapi kalau masa tu korang dah berpunya, jangan menggatal nak layan bekas kekasih korang tu plak..ha, yang tu saja nak cari naya..hehe..
tips 3: selidik latar belakang si dia
ha, ni ape ke halnya nak selidik-selidik bagai kan?hey, korang ingat spy je ke yang kena selidik-selidik ni?penting bagi korang untuk selidik latar belakang si dia yang sekarang tau..buatnya si dia dah ada kekasih lain, ditipunya korang yang si dia tiada kekasih, x ke naya kalau sejarah hitam berulang kembali? nak ke sakit hati berkali-kali yang disebabkan oleh orang yang sama? nauzubillah..kalau aku, tak ingin aku derrrr ! lagi satu, kalau korang dituduh menjadi perampas ataupun parasit hubungan si dia dan kekasihnya, tak ke malu nanti?? so, selidik dulu okay! tak salah kan?
tips 4: adakah cinta itu miliknya?
masih adakah ruang untuk si dia di hati korang?itu korang je yang boleh jawabnya..apa perasaan korang bila berjumpa dengannya selepas setelah lama berpisah? sedih? gementar? atau okay-okay je? kalau korang gelabah sampai meleleh-leleh peluh, tu maknanya masih ada lagi perasaan aneh terhadap si dia.. masihkah korang simpan lagi gambar kenangan korang dengan si dia?kalau ye, ada kemungkinan korang masih menyintainya..jika terbukti demikian, tak salah kalau korang beri si dia peluang kedua..setiap orang pernah melakukan kesalahan, dan setiap orang juga berhak untuk mendapat peluang kedua..ingat tu!
tips 5: berdoalah
korang minta la petunjuk dari Allah s.w.t..jika benar si dia adalah jodoh korang, mohonla pada Allah s.w.t agar dibukakan pintu hati korang untuk menerima si dia semula..korang boleh lakukan solat istikarah, dan mohonlah pada Allah s.w.t agar ditunjukan jalan serta dipermudahkan segala urusan korang..Allah s.w.t maha mengetahui dan maha mendengar..Allah s.w.t dengar setiap rintihan hati korang..mohonlah pada-Nya..insyaAllah, bahagia korang dunia dan akhirat..
pertimbangkanlah untuk bersama si dia semula jika masih ada rasa cinta terhadapnya..tidak rugi jika korang buat demikian..buang yang keruh, ambil yang jernih..baru teguh peribadi.. (macam lagu pula kan!).. yang pasti, korang dan si dia sudah lebih matang berbanding yang dulu..so, selamat mencuba.. ! :)
YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T..YANG BURUK ITU DATANG DARI SAYA..:)
No comments:
Post a Comment